mood macam siaran tamat tv1

pernah tengok tv yang dah tamat siaran tak? kalau dah jam12 tengah malam, tv1 la selalu nya akan siarkan satu gmba petak kotak2 yang banyak2 kaler.kat tengah2 ade macam bende bulat hitam.pastu ada nombor2 kecik.kiraan jam pun ada jugak.sampaila pukul6 pagi nanti kot baru mula siaran balik.dah tak bape hingat dah.rasa macam dah berkurun abad dah tak tengok tv.mase paparan siaran tamat ni, tetap ada bunyi tp bunyi dia sangat bingit.bunyi dia macam ni. tuuuuutttttttttttttttttttttt.ha dengar?xdengar?alaa..macam mesin yang kat spital tu,kalau dah mati kan ade bunyi tuttt.haa tau kan?kan?ok dah.tengah merapu sbenanye ni. minggu depan lecturer nak datang observe.nak kena pikirkan strategi baru.aktiviti pengajaran yang baru.idea baru.beg baru.kasut baru.ehh..heee :P



masih belom punya inspirasi baru.
kalau suh diorang buat presentation ok x?
tapi macam xbole harap sgt je.haishh.
macam mana ni Y.Y

khali hengan sheghibuuu..

kelas : sains
topik : physical quantities.

harini masok topik baru yea anak murid. :) mereka semua masih suci otak dari topik ini.mari kita ajar unit-unit yang asas digunakan dan cara menukar unit kepada unit SI.mereka semua begitu pantas semasa saya menunjukkan gmbar2 yang ada physical quantities pada label produk.beras,gula,sabun basuh dan sebagainya.tapi sangat lembab bila sampai tang tukar unit.

selang 10 minit selepas loceng masa pertama.

saya: kelas,kalau kita nak tukar unit dari gram kepada kilogram,macam mana nak buat?
mereka: khali hengan sheghibuuu..
saya: yang kamu tutup hidung ni kenape?
mereka: cikgu, ada orang kentut! ada orang tercirit!
saya: kamu ni macam2 hal

selang beberapa minit lagi

saya: ya Rabbi, sape yang kentut ni?apela yang kamu makan.melekat baunye!
mereka: die tercirit cikgu.
saya: sape? *aku ingatkan mereka bercanda tentang tecirit itu*
mereka yang laen: buahahahaha
saya: lagi sekali saya dengar kamu gelak,kamu cuci lantai tu.

[mode:menahan bau dan gelak]

kesian..merah padam muke die..susah sgt ke nak cakap "saya nk g tandas!"..?




sampai sekarang xpaham
apesal die xmintak nak g tandas?

terkencing sudah

suatu petang di sebuah sekolah menengah.budak2 baru selesai solat asar.

kelas:1A7
subjek: PI (pendidikan Islam)

saya >> buka buku teks muka surat 4.harini kita baca petikan.tajuk AlQuran panduan hidup manusia.okay,kamu yang depan ni bacakan baris pertama.
pelajar >> (geleng kepala)
saya >> geleng2 kenape?saya suruh kamu baca.
pelajar >> tak reti
saya >> pasal apa tak reti?satu buku teks ni tulis jawi.jadi kamu tak penah baca la ye?
pelajar >> (diam tunduk)
saya >> kamu baca IQRA' tak kat rumah?
pelajar >> bacaaaaaaaaaa.
saya >> sampai mana?
pelajar >> isk.kami dah baca habis semua dala. (ceh,eksyen!)
saya >> ok.sebutkan perkataan pertama.

kelas sunyi sepi.nampak gaya kena ajar tateh jawi dulu.

saya >> baiklah.kamu ikut saya sebut.perhatikan huruf dan bunyinya.




pungpang2 ngajor macam budak tadika,loceng tamat kelas bunyi laju2.aku pergi ke meja dan ambil beg.

saya >> ehhhh.kamu semua ni nak kemana pikul beg segala?
pelajar >> baliklah cikgu.
saya >> isk.saya je boleh balik.kamu belom lagi.kan ada lagi satu masa.
pelajar >> dah cikgu angkut beg,kami ikutlah.tadi pun cikgu suruh ikut kan. (pandaila kau.)
saya >> ha takde2.pergi duduk tempat kamu balik.nanti cikgu lain akan masuk.

aku balik semula ke meja dan duduk dengan beg masih tersandang di bahu.tengok masing-masing buat degil.ikut jugak gaya aku niha.duduk tempat tapi beg still terpikul kat bahu.hamsap betol.

..............................................................



5minit berlalu




..............................................................





masok minit ke 10



..............................................................






hishh.mana pulak next cikgu ni??



pelajar >> cikguuuu.dah habis masa lah cikgu.dah boleh balik dah pun.tengok kat sana.diorang semua balik.sepatutnya masa balik kita sama cikgu.kalau masa cikgu dah habis,kami pun boleh balik dala.jom la balik cikgu.

memang.beberapa budak kelas lain pikul beg.semua tuju arah sama.pintu pagar sekolah.

saya >> tapi,kan balik pukul635pm.tunggu la bunyi loceng dulu.
pelajar >> loceng balik memang xbunyi la cikgu.cikgu taktau ke?

hurm.aku bangun dari kerusi dan bejalan ke muka pintu kelas.

pelajar >> teeeeriiimaaa kaaaaaasih cikguuuuuu. (sedia nak pecut keluar)
saya >> ehhh. (muka heran bengang)
pelajar >> bismillahirahmanirahim.wal asr,innal insa nala fi huz.... (baca laju2 sambil kaki melangkah keluar.)

hurm.sukahati korang la.

sampai je bilik guru,atmosfera terasa amat berlainan.semacam bila tengok cikgu2 veteran yang bekumpul kat ruang rehat buat keje masing2 dgn muka ketat.nampak ajaib sebab diorg tak soksek2.tak beganjak mulut dan bontot.cikgu2 semua xmau balik rumah ke?situasi yang cukup mengherankan.aku terus ke meja sendiri.dalam otak pikir nak cepat sampai bilik.aku toleh kiri.nampak huda si partner aku mengekek-ngekek.sudahhhh.memang aku kena kencing dgn budak2 tadi.

saya >> korang dgr ke tadi?
huda >> (angguk2 je.xbole nak jawab sebab tahan gelak.)
saya >> diorg cakap ape wei?
huda >> biasalah guru praktikal.
saya >> macam mana diorang tau tu kelas aku?
huda >> pembimbing kau yang beria jenguk kelas mana tadi.semua wondering sape.dengar2 nama kau keluar dari mulut dia.
saya >> ahhh.benci gle!
huda >> hahahaha
saya >> (&*&%#^&$@^%*&!@$#$@!)

teringat pesanan pen.kanan sekolah
"budak2 jangan dilepas awal.nanti susah pulak kalau jadi apa2.selalu cikgu yang lepas budak awal ni kami tak galakkan"

macam mana aku bole dperbodoh sebegitu?? loceng balik mmg xbunyi la cikgu.cikgu xtaw ke?
cisssss.cisssss dan cissssss...aku LABEL 1A7!!




banyak duit abis time praktikal nehh. T.T
papa kata nak belanja makan pizza..hehehe

cerita luar negara

saya berada di kampung halaman yea murid2.hehe.kepulangan kilat namo eh.semalam naik bus around 930pm dan sampai hometown late at 515am.lepas dah 'dingdongbumbang' apa yang patut kat rumah ni,setel la masalah.seterusnya tiket balik kampus semula besok pagi jam 930am.sebelom naik bus semalam, terfikir jugalah apa yang nak dibuat lama-lama dalam bas kan.nasib kali ni,elok je bas tu gerak tv terus on.seat dah oklah second row.sound check pon clear habes.macam-macam bunyi keluar sebab awalan cerita ada orang rentap.bergaya betol lah.tapi,dia punya intro yang kuar2 nama actor actress tuh rupanya tulisan thailand kapkunkap.hurm ok.lepas hero tu selesai belasah penjahat,dia pun sembang lah dengan awek ni.heroin dalam cerita tula.nak jugak tahu apa yang dia ayat kan.tapi buat penat je jenguh leher nak baca sari kata atau dalam bahasa inggerisnya subtitle.sampai minit ke-14 pun takde timbul subtitle nya.hishh.bikin panas sungguh.kot yea pon nak tayang cerita luar negara,biarlah yang ada sarikata.memanglah saya ni asalnya dekat dengan negara siam tapi saya tak reti langsung bahasa diorang.tak kesian ke?? =.='

dulu masa tingkatan3,ada orang ajak pegi Ta'ba
tapi lepas PMR dia terus hilang
sampai sekarang hilang
ke dia pegi menetap disana?

renew

sebenarnya saya nak delete blog ni tapi lepas dah fikir dengan tak berapa mendalam, saya putuskan renew sajalah. jadi segala entry yang sebelom ni saya sudah delete.sebab musabab blog ini tak buleh nak delete ialah kerana saya sendiri tak reti mana nak klik 'delete blog' ke 'delete account' ke 'delete page' ke dan seantaranya.haishh.maka dengan ini,blog ini dimulakan semula.saya tak pasti keputusan saya ni betol ke tidak.persoalan pertama disitu!


permulaan semester yang membosankan T.T